JOM SAMA2 KITA SAKSIKAN VIDEO INI....
Tuesday 22 May 2012
Monday 21 May 2012
Thursday 10 May 2012
CIRI-CIRI BENTUK MUKA BUMI PINGGIR LAUT
TENTU SEMUA ORG SUKA DUK KAT TEPI LAUT OR PANTAI KAN....TP TAUKAH KORANG MCM MANA TERBENTUKNYA GERBANG LAUT, SISA TUNGGUL, PULAU, TANJUNG DAN SEBAGAINYA??? KAT SINI SY KONGSIKAN SERBA SEDIKIT PASAL BENTUK MUKA BUMI PINGGIR LAUT NI...LAYANZZZ.....
Ciri-ciri bentuk muka bumi pinggir laut
View more PowerPoint from ainirei
PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI
Gunung berapi terbentuk hasil daripada batu-batan cair yang terkumpul di bawah kerak bumi. Keadaan suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi menyebabkan batu-batan menjadi cair. Batu-batan cair ini dikenali sebagai magma.
Kebanyakan magma terbentuk kira-kira 80km hingga 160km di bawah permukaan bumi. Magma yang panas akan naik ke permukaan bumi kerana tekanan dan kurang tumpat daripada batu disekitarnya. Magma mengalir keluar ke permukaan bumi melalui rekahan atau lohong gunung berapi dikenali sebagai lava.
Aliran Lava
Kebanyakan gunung berapi terbentuk di kawasan sempadan plat. Ahli sains telah mengemukakan teori plat tektonik untuk menjelaskan proses pembentukan gunung berapi.
Gunung berapi boleh terbentuk apabila berlakunya pertembungan dua plat. Pertembungan ini menyebebkan salah satu plat terjunam ke bawah plat yang lain. Zon terbenam ini akan menjadi cair kerana suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi. Bahagian cair ini menambah magma di mantel dan seterusnya mengalir keluar ke permukaan bumi menjadi gunung berapi.
Gunung berapi juga terdapat di zon permatang tengah lautan. Perebakan dasar laut berlaku apabila magma naik menolak litosfera ke arah yang bertentangan. Lava ini akan membentuk dasar laut sebagai permatang tengah laut. Gunung berapi di Iceland merupakan jenis pembentukan ini.
Sebahagian gunung berapi terbentuk di tengah plat, jauh dari sempadan plat seperti Kepulauan Hawaii. Ahli sains menjelaskan bahawa tonggak batuan mantel yang dipanaskan dan naik secara perlahan ke permukaan bumi. Kenaikan magma ke permukaan bumi dianggarkan 13 cm hingga 15 cm setahun. Apabila kepulan magma naik sampai ke permukaan bumi, gunung berapi akan terbentuk. Proses pembentukan gunung berapi ini dipanggil titik panas (hotspots). Rajah di bawah menunjukkan ketiga-tiga pembentukan gunung berapi.

TIPS BELAJAR GEOGRAFI
Anda berminat belajar Geografi? Sudah tentu kerana belajar geografi membolehkan kita melancong ke seluruh dunia. Seronok tak?
Kenapa ramai pelajar geografi kata geografi itu susah? Bagaimana dengan pelajar-pelajar yang lain?
Di sini saya nak bagi sedikit tips untuk berjaya dalam mempelajari geografi:

- Tanamkan minat terlebih dahulu dengan pelajar geografi.
- Tumpukan perhatian semasa guru mengajar.
- Kalau tak faham, jangan malu, sila bertanya dengan guru.
- Buat ulangkaji di rumah selepas kembali dari sekolah.
- Buat nota ringkas kalau boleh dalam bentuk peta minda.
- Bagi yang melibatkan pengiraan pelajar kena buat banyak latihan misalnya dalam mengira waktu, bearing, jarak, luas, kecerunan dan yang lain-lain.
- Banyakkan buat latih tubi. saya galakan gunakanlah buku yang menyediakan soalan mengikut bab-bab tertentu. Jadikan diri sebagai pelajar,guru dan pemeriksa.
- Soalan yang melibatkan essei,pastikan buat latihan dan setkan masanya.Serah pada guru untuk dinilai.
- Banyakan latihan-latihan mengenai peta kerana mudah dapat markah.
- Akhir sekali jangan lupa berdoa dengan Tuhan agar diberikan kita kejayaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)